Satu perkongsian mencuit hati seorang pengguna media sosial TIkTok telah berjaya menarik perhatian netizen apabila seorang lelaki telah ‘menguji’ ketahanan tali pelitup muka yang mungkin, bukan ‘biasa-biasa’.
Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat telah mengangkut beberapa alatan seperti kuali, penutup saji, buah kelapa dan mesin rumput di tali pelitup muka tersebut.
Apa yang mengujakan adalah apabila tali ‘mask’ itu tidak putus meskipun memikul beban berat dan mendakwa telah membelinya di Shopee dengan harga hanya RM6 sekotak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan memahami mesej yang cuba disampaikan di mana sesuatu yang ‘mahal’ tidak semestinya bertahan lama.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi terkenal negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sedang memakai satu pelitup muka terkenal jenama seorang pereka fesyen namun terputus talinya.
Dalam pada itu netizen juga telah menyuarakan pendapat yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk mewajibkan tanda SIRIM di setiap pelitup muka bukan perubatan.
Tindakan penguatkuasaan hanya terhadap pengilang/ pengimport pelitup muka bukan perubatan yang tidak mendapatkan perakuan SIRIM#KPDNHEP #facemask pic.twitter.com/UuEK8MJXck
— KPDNHEP (@kpdnhep) April 11, 2022
Sehubungan dengan itu, KPDNHEP menerusi menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah menunda keputusan tersebut kepada 1 Januari tahun hadapan.