Durian adalah buah kegemaran ramai yang dikenali sebagai raja buah khususnya masyarakat di Asia Tenggara. Memiliki bau yang menyengat, tekstur yang lembut, rasa lemak dan berkrim serta warna kuning yang pasti membuatkan semua orang pasti akan mencubanya.
Bagi peminat durian, mereka akan membeli durian dan makan durian dengan pelbagai jenis hidangan seperti pulut durian, serawa durian dan macam-macam lagi. Selepas itu, mereka akan membuang kulit dan biji durian kerana ia tidak boleh dimakan.
Namun, tahukah anda, kulit durian juga boleh dibuat sebagai pemanis mulut jika seseorang itu pandai mengolahnya dan menjadikan ia sebagai makanan yang enak.
Baru-baru ini tular di Tik Tok di mana satu video menunjukkan sebahagian kulit durian tanpa isi dibuang duri dan dipotong kecil. Kemudian, ia dimasukkan kedalam periuk bersama gula batu dan air yang secukupnya.
Seterusnya, biarkan bahan tadi mendidih seketika menggunakan api yang sederhana. Sebelum anda memasukkan serbuk jelly ke dalam periuk, pastikan anda membuang kulit durian apabila air bertukar menjadi kekuningan.
Masukkan jelly tadi kedalam bekas dan sejukkan ia di dalam peti ais selama beberapa jam. Keluarkan ia dan campurkan dengan susu segar dan sedia untuk diminum. Jelly durian sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut dan dimakan ketika cuaca panas.
Ikuti video di bawah untuk lebih mudah faham.