(VIDEO) Anak Tertinggal Di R&R Waktu Malam, 3 Pekerja Bangladesh Tolong Jagakan Sementara Ibu Bapa Sampai

Kehidupan

(VIDEO) Anak Tertinggal Di R&R Waktu Malam, 3 Pekerja Bangladesh Tolong Jagakan Sementara Ibu Bapa Sampai

Sebagai ibu bapa kadang kala kesilapan berpotensi untuk jadi dalam apa jua situasi terutamanya dalam hal membabitkan anak-anak.

Namun, bagi pasangan suami isteri ini mereka sangat bersyukur apabila anak yang tidak sengaja ditinggalkan di sebuah hentian R7R ditemukan dengan selamat.

Advertisement

 

Dapat call, rupanya anak tertinggal

Menerusi video yang kini tular di media sosial, ibu kepada kanak-kanak itu telah mendapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenalinya.

Alangkah terkejutnya apabila dia dimaklumkan bahawa individu berkenaan merupakan anaknya yang disangka berada di tempat duduk belakang kereta keluarga itu.

tertinggal anak

Dalam kejadian yang berlaku 17 Februari lalu, anak mereka tertinggal di R&R Pagoh dan anak-anak yang lain tidak menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut kerana nyenyak tidur.

 

Ada pekerja asing tolong jaga

Suaminya yang memandu kemudian berpatah balik di susur keluar Yong Peng lalu terus menuju ke R&R Pagoh dan apabila tiba, pasangan itu lega mendapati anak mereka berada dalam keadaan selamat.

Malah, mereka juga meluahkan rasa syukur kerana anak bongsunya dijaga oleh tiga pekerja Bangladesh di stesen minyak di hentian itu sementara menunggu ketibaan mereka.

Salah seorang warga Bangladesh itu bernama Ismail dan dia memaklumkan telah membelikan anaknya roti dan turut meminjamkan telefon untuk membuat panggilan.

Terima kasih Ismail dan dua lagi rakan dari Petron R&R Pagoh. Budi kalian kami akan kenang sampai bila-bila. Ada je warga asing yang berhati mulia.

@shahilashah Replying to @fekksop Syukur alhamdulillah sibongsu di bantu oleh 3 org pekerja bangladesh, yg nama Ismail tu bagi guna fon utk call sy serta belikan si bongsu roti dan air.. Tksih Ismail dan 2 lg rakan dari petron rnr Pagoh.. Budi kalian kami akan kenang sampai bila2.. Ada je warga asing yg berhati mulia😊 #shahilashah #fyp #staffpetronwargabangladesh #alhamdulillah ♬ Thank You Allah – Maher Zain

 

Jadikan pengajaran

Video tersebut mendapat perhatian ramai warganet dan rata-ratanya berasa lega apabila kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan selamat selain turut memuji tiga pekerja asing terbabit kerana menjaganya.

Dalam pada itu, ramai turut memberi peringatan agar insiden berkenaan menjadi pengajaran buat pasangan tersebut serta semua ibu bapa yang lain.

Orang tua seharusnya lebih peka tentang keberadaan anak-anak apabila berada di tempat awam dan sentiasa pastikan mereka ada di dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan.

1 year ago

(VIDEO) "Macam-Macam Hal Lah Dia Ni!" - Anak Tertinggal Di Stesen Minyak, Netizen Bengang Dengan Respon Si Ibu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...