(Video) Anak Tak Dengar Kata Dan Langgar Perintah PKP, Polis Datang Rumah Bagi Nasihat

Trending

(Video) Anak Tak Dengar Kata Dan Langgar Perintah PKP, Polis Datang Rumah Bagi Nasihat

Umum mengetahui bahawa negara kita telah memasuki fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai cara sudah pun dilakukan oleh pihak PDRM dan ATM dalam menjayakan pelaksanaan tersebut.

Namun, masih ada segelintir daripada rakyat yang melanggar perintah tersebut dan tidak menghormati tugas dan arahan pihak berkuasa.

Advertisement

Baca: COVID-19: 2 Warga Emas Pergi ‘Hiking’ Semasa PKP Ditahan Polis

Baru-baru ini, terdapat sebuah video menunjukkan pegawai polis yang dikatakan sedang memarahi seorang remaja di hadapan ibunya sendiri, tular di Facebook.

Teguran yang diberikan itu adalah susulan dari aduan yang dibuat oleh ibunya sendiri

Menerusi rakaman video yang berdurasi 1 minit 37 saat itu menunjukkan seorang pegawai polis telah meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan remaja tersebut yang enggan mendengar nasihat ibu dan bapa saudaranya sendiri.

Kalau sekali tak mengapa, ini sudah tiga empat kali anggota saya beritahu (ditangkap keluar rumah). Hari ini ditahan lagi.

Menurut sumber, remaja yang berusia 15 tahun berkenaan turut dikatakan telah ditangkap oleh pihak polis sebanyak empat kali sepanjang PKP.

Selain itu, pegawai polis tersebut dikatakan turut mencabar remaja itu membuktikan kejayaan diri

Apa yang saya beritahu ini kamu ambil. Kamu tunjuk pada saya lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti. Datang jumpa saya di Balai Lenggong (selepas berjaya).

Kejadian berlaku di rumah remaja tersebut di Kampung Luak di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

Tiada apa-apa tindakan dikenakan ke atas remaja itu. Pihak polis hanya memberikan nasihat dan teguran seperti mana yang diminta oleh ibu remaja berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...