Cool gila!!! Abang Nara baru tahu (selepas penerangan wife) yang kanak-kanak memang senang belajar berenang kerana mereka sudah biasa dengan air ketika di dalam kandungan. Sekiranya anda ingin mengajar anak anda berenang, sebaik-baiknya bermula daripada waktu kecil. Untuk makluman, Sophea Isabella lahir pada 21.07.2011.
Kalau tak silap Abang Nara, video ini diambil sebulan yang lepas. Jadi ini bermakna umur Sophea Isabella pada ketika ini dalam lingkungan 9-10 bulan. Selepas melihat video ini, Abang Nara yang rasa teruja dan rasa nak bawa anak Abang Nara berendam dalam kolam. Anda pula bagaimana?