Anak kepada pelakon terkenal Indonesia, Nikita Mirzani bernama Laura Meizani Mawardi mendapat kritikan hebat daripada masyarakat di negara itu.
Ia gara-gara kelakuan biadap yang ditunjukkannya kepada pembantu rumah mereka dan menerusi video yang kini tular di TikTok, Laura dilihat berjalan-jalan bersama ibunya, adik dan amah tersebut.
Jilat snek sebelum bagi pembantu rumah
Laura atau mesra dengan panggilan Lolly itu duduk di kerusi belakang kereta ibunya sambil menikmati snek namun apabila pembantu rumah tersebut meminta makanan itu, dia menjilat sebelum diberikan kepada wanita tersebut.
Lolly kemudian dilihat mentertawakan wanita berkenaan yang hanya menerima snek yang telah dijilat dan seperti reda diperlakukan begitu.
Video tersebut tular selepas Lolly dan Nikita bertelingkah hingga berlaku kemelut di antara mereka dan ramai warganet memfokuskan tentang adab anak perempuan aktres itu.
Betullah, selalu buat masalah
Gara-gara video lama itu jugalah netizen mendapat jawapan dan pendedahan kepada kenyataan Nikita sebelum ini yang meluahkan anaknya sering menimbulkan masalah.
Melihat video ini saja buat saya percaya kepada ibunya yang Lolly memang suka buat masalah.
@dandi__mwrdi momen kebersamaan Nikita dan lolly 🥺🫶 cma mau tanya, Lolly apakah km tdk rindu dgn mimi dan adik adikmu? 🥺💔 #kitanikita #nikitamirzanimawardi_17 #beritatiktok #nikmir ♬ afgan yang ku tahu cinta itu indah – Sadvibes🥀
Terdahulu, kisah keluarga ini menjadi bualan hangat selepas Nikita mendedahkan dia nekad untuk menggugurkan nama Lolly daripada daftar keluarga.
Nikita turut tidak mengakui remaja itu sebagai anak dan menegaskan dirinya sudah tiada kaitan dengan Lolly selain tidak meletakkan namany di dalam senarai waris harta.