Di sabah sekarang gempar dengan misteri kematian gajah yang berlaku pada 23 Januari lalu selepas empat bangkai gajah ditemui di sepanjang jalan pembalakan Telupid di kawasan hutan simpan Gunung Rara. Kawasan penemuan bangkai itu pula terletak kira-kira lima kilometer dari kem pembalakan Empayar Kejora Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat Yayasan Sabah. Kesemua gajah yang ditemui mati itu dipercayai daripada satu keluarga membabitkan tujuh betina dan tiga jantan berusia dari empat hingga 20 tahun. Hutan Simpan Gunung Rara yang terletak kira-kira 130 kilometer dari sini bukan lagi menjadi tempat perlindungan yang selamat bagi gajah pigmy atau Gajah Kerdil Borneo apabila 10 ekor haiwan spesies yang dilindungi itu ditemui mati dipercayai diracun dalam tempoh dua minggu lalu.
p/s gua tak tau kenapa gua rasa nak post macam keibu-ibuan hari ni, gua home sick kot. Umi tunggu ye minggu depan kimie balik. wuuu wuuu