January 5th, 2017

Selepas lama terlibat dengan penggambaran drama bersiri, Lara Aishah, pelakon Fasha Sandha menggunakan waktu lapang yang ada dengan membawa anak-anak serta keluarganya bercuti di Hong Kong Disneyland.

Fasha sempat memuat naik beberapa foto dan video ketika beliau berada di sana bersama peminat. Namun, satu video dimana anaknya Putri Raysha Jemaima yang memakai gaun watak filem Frozen berlari memeluk abangya, Putra Rayfal membuatkan hati netizen tersentuh.

Rata-rata memuji dan kagum dengan cara Fasha sebagai seorang ibu tunggal mendidik dan memupuk perasaan kasih sayang antara dua orang anaknya itu.

Berikut video yang menjadi tumpuan ramai :-

View this post on Instagram

Tak perlu suruh2.. semua natural. Syukur Alhamdulillah. Macam mana ibu nak hidup tanpa dua tentera ibu ni? 💋🌹 #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Berikut pula komen netizen :-

Harapnya anak-anak Fasha Sandha akan terus berkasih sayang seperti ini sehingga dewasa nanti. InshaAllah mereka juga akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber Berita : Instagram Fasha Sandha


Comments are closed.

Loading...