Boleh dikatakan, sejak-sejak sudah rapat dengan pelakon lelaki, Fattah Amin, nama pelakon dan penyanyi jelita, Amira Othman sering menjadi perhatian warganet.
Terbaru, dapat dilihat dalam satu video yang dimuat naik di platform TikTok milik seorang pengguna ini, kelihatan Amira dilihat sedang menempah baju di butik pereka fesyen dikenali ramai iaitu Rizman Ruzaini.
Tidak mahu disalah anggap, penyanyi terbabit memberitahu baju yang ditempah untuk dipakai ke majlis dan bukannya untuk perkahwinannya.
Meninjau di ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata netizen teruja melihatnya dan berkata jika Amira menempah baju kahwin, pasti ramai yang senang hati mendengar berita gembira tersebut.
Dalam pada masa yang sama, ada juga sesetengah netizen yang mengusik selebriti tersebut dengan mengatakan dirinya kelihatan malu-malu seperti ‘menyorokkan’ satu rahsia.