Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman akhirnya tampil bersuara selepas didakwa menerima kecaman bertubi-tubi setiap kali mengadakan sesi siaran langsung.
Menerusi satu sesi live baru-baru ini, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 33, menegur sikap segelintir pengkritik yang dilihat tetap menonton walaupun mendakwa tidak menyukai mereka.
“Saya ada satu soalan kepada haters ni, dia tak suka tapi masuk dalam siaran langsung (live) kami. Kenapa stalk kami? Kalau tak suka jangan tengok. Cakap dengan dia ‘kau kenapa nyah’.”
Dalam masa sama, Fattah menegaskan bahawa sesi live yang dilakukan adalah untuk mencari rezeki serta berinteraksi secara positif bersama pengikut.
“Tempat asal awak bukan di sini. Tempat awak di tempat lain. Ruangan sini (live) adalah untuk mencari rezeki dan cakap yang baik-baik. Kalau rasa nak cakap benda tak baik, tukar kepada benda yang baik atau keluar.”
Sebelum ini, pasangan tersebut sering menjadi sasaran kecaman setiap kali membuat siaran langsung bagi mempromosikan produk jualan mereka, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
