(VIDEO) “Ambik Masa Belek Makanan..” – Wanita Jumpa Ulat Dalam Nasi Kerabu Bikin Netizen Mual

Kehidupan

(VIDEO) “Ambik Masa Belek Makanan..” – Wanita Jumpa Ulat Dalam Nasi Kerabu Bikin Netizen Mual

Kalau dah ke bazar Ramadan pastinya anda rambang mata memilih juadah yang ada di depan mata.

Tapi apa yang penting, pastikan anda sentiasa berjimat cermat bagi mengelakkan pembaziran selain banyak cerita ‘scam’ peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menyediakan juadah untuk dijual kepada orang ramai.

Advertisement

Seperti perkongsian video seorang wanita ini, khabarnya dia telah menjumpai ‘makhluk asing’ dalam juadah nasi kerabu yang dibelinya di kedai.

Kata wanita itu, nasi kerabu itu dipenuhi ulat sampah bukan satu, tapi ‘berekor-ekor’!

Apa yang membuatkan wanita itu sedih apabila dia menyedari kehadiran ulat-ulat sampah itu ketika sudah hampir waktu berbuka puasa.

Berikutan hal itu, wanita yang dikenali sebagai Naleeya ini sempat memberikan pesanan kepada netizen agar berhati-hati dan mengambil masa untuk membelek makanan yang dibeli.

tiktokSumber : Tiktok  

Dalam pada itu, dia juga memesan agar peniaga sentiasa ikhlas dan tidak sesekali ‘recycle’ makanan lama untuk dijual di kemudian hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa mual melihatkan ulat sampah itu dan ada juga yang ‘serik’ untuk membeli makanan di bazar Ramadan.

Rider terharu dapat duit raya
2 years ago

(VIDEO) "Sayunya.."- Ajak 'Rider' Berbuka Puasa Sekali, Reaksi Lelaki Ini Undang Sebak Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...