May 6th, 2019

Padah memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dihimpit dengan kontroversi panas.

Isu itu menjadi viral sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal dan membuat laporan polis ke atas Aliff sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan siasatan sekiranya terdapat kesan negatif pada kanak-kanak itu.

Terbaru, Aliff nampaknya tidak dapat menahan perasaannya lagi dan memuat naik video dirinya menangis teresak-esak seorang diri apabila isu beliau merotan anaknya itu turut dilaporkan dalam slot berita utama.

Bukan kali pertama dihimpit kontroversi kerana video yang dimuat naik di media sosial, rata-rata netizen berharap apa yang berlaku kali ini menjadi pengajaran buat Aliff.

Tidak salah untuk mendidik anak dengan cara tersendiri tetapi tidak perlu untuk berkongsi semua perkara dengan umum.

32 responses to “(VIDEO) Aliff Syukri Menangis, Isu Rotan Anak Masuk Berita”

  1. alfie says:

    Ini semua kerana RATING nak orang tengok ‘LIVE’ maklum lah macam Kim Kardashan , nak JUAL barang supaya sale tinggi ! Dia ni kalau tak di tahan waktu dia BERAK pun nak video kan kalau boleh naik kan sale barang dia!

  2. Noname says:

    Nak promote barang apa pulak,…
    Rakam sendiri tengah teriak tangis…
    Really sedih or takut or malu…
    Lps ni buat majlis sedekah amal jariah pula..
    Always cmtu..

  3. AkuCool says:

    Encik aliff, sy cian dgn ank n istri awk.. Bukan sume bnda buleh share kat media.. Berulang kali.. Pikir dgn waras n akal yg baik..

  4. Anonymous says:

    Bila org tak cerdik nak cari perhatian mcm ni la. Sanggup terkinja2 dgn bapok.. lakon rotan anak nk launch produk baru. Tolong la…dont be a greater fool.

  5. Zasss says:

    Kesiannya orang-orang macam Aliff Syukri, Safiey Ilias ni kan. Sanggup buat apa je untuk stay relevant dalam industry. Ish ish ish