Padah memuat naik video merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dihimpit dengan kontroversi panas.
Isu itu menjadi viral sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan perbuatan itu sebagai penderaan fizikal dan membuat laporan polis ke atas Aliff sehingga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menjalankan siasatan sekiranya terdapat kesan negatif pada kanak-kanak itu.
Bukan kali pertama dihimpit kontroversi kerana video yang dimuat naik di media sosial, rata-rata netizen berharap apa yang berlaku kali ini menjadi pengajaran buat Aliff.
Tidak salah untuk mendidik anak dengan cara tersendiri tetapi tidak perlu untuk berkongsi semua perkara dengan umum.