Sudah berkali-kali dikecam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya masih tidak serik untuk bergelar penyanyi. Terbaru, Aliff bakal melancarkan lagu rayanya sendiri berjudul Jom Raya gandingan bersama penyanyi Zizi Kirana.
Sempat memuat naik video ketika sesi rakaman lagu tersebut, nyanyian Aliff bagaimanapun dikritik teruk, sehingga ada yang samakan suaranya macam suara katak.
Berang nyanyiannya dikecam hebat oleh netizen, Aliff tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya. Terkilan dengan sikap netizen yang tidak menghargai bakatnya.
Rata-rata netizen juga berpendapat bidang nyanyian tidak sesuai untuk Aliff dan lebih baik fokus kepada perniagaannya sahaja.
Mungkin benar apa yang dikatakan oleh netizen itu, memanglah ada minat untuk menyanyi tetapi kalau hanya dikecam tiada bakat, lebih baik kekalkan sahaja ia sebagai hobi. Janganlah terus menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak menghargai bakat anda.