(VIDEO) Aliff Aziz Dan Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

Hiburan

(VIDEO) Aliff Aziz Dan Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

Selepas beberapa kali dilanda kontroversi, kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah berakhir apabila pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisement

Aliff kelihatan sebak saat melafazkan talak pada jam 3.45 petang tadi, di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella. Permohonan cerai itu difailkan Bella  selaku plaintif pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah juga memerintahkan Aliff perlu membayar nafkah anaknya bernama Ayden berusia dua tahun sebanyak RM1,000 sebulan.

Ketika menjawab soalan hakim alasan untuk bercerai, Bella  berkata mereka tiada persefahaman dan sudah tidak tinggal bersama lebih tiga bulan. Alasan lain adalah, suaminya selalu curang dan Bella mempunyai bukti seperti gambar dan video.

Dalam pada itu, Aliff mengakui beliau masih sayangkan Bella dan anak mereka namun beliau akur dengan ketentuan takdir. Semuanya adalah balasan untuk sikapnya selama ini.

Terdahulu, Aliff  terpalit dengan kontroversi curang pada Julai 2017 dengan pelakon Afifah Nasir. Bagaimanapun, ketika itu  Bella memaafkan perbuatan Aliff, tetapi sekali lagi Aliff kantoi curang bermesraan dalam keadaan mabuk dengan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...