(VIDEO) “Aku Yang Founder, Aku Yang ‘Godfather'” – Chef Ammar Didakwa ‘Riak’ Di Sebalik Tuduhan Tak Laku, Ini Penjelasan Sebenarnya…

Kehidupan

(VIDEO) “Aku Yang Founder, Aku Yang ‘Godfather'” – Chef Ammar Didakwa ‘Riak’ Di Sebalik Tuduhan Tak Laku, Ini Penjelasan Sebenarnya…

Masuknya bulan Ramadan, pastinya ada beberapa individu yang menjadi tumpuan antaranya KhairulAming dengan video masakannya dan juga Chef Ammar yang popular dengan juadah nasi Arab ‘Lamb Shank’ di bazar Ramadan.

Namun, tular pula dakwaan di media sosial yang mendakwa tahun ini, gerai Chef Ammar di bazar Ramadan tidak mendapat sambutan gara-gara sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

Advertisement

Chef Ammar buat hal lagi?

Terbaru, muncul pula satu hantaran video pendek yang memaparkan Chef Ammar seolah-olah berlaku riak dan sombong dalam rakaman itu.

Difahamkan, seorang YouTuber telah menemu ramah Chef Ammar dan meminta respon mengenai dakwaan yang mengatakan gerai nasi Arabnya sudah hilang ‘kick’, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Malaysia is on me now, mereka tunggu saya nak buat salah macam mana. Nak compare me, compare me with somebody like me la. Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king, and i’m still king. Itu sahaja. dont be smart with master.

Berikutan itu, ramai yang tampil menghentam Chef Ammar dan menganggap tukang masak terkenal itu sebagai seorang yang riak dan sombong dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.

Salah faham semata-mata

Namun begitu, terdapat salah faham di sebalik penyebaran klip video itu yang  hanya memaparkan Chef Ammar bergurau di sebalik video penuh yang menjawab segala dakwaan yang mengatakan perniagaannya sudah tidak laku serta perbezaan resipinya dengan peniaga lain.

Chef Ammar juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perniagaannya selain mengkritik tindakan sesetengah individu yang mengambil foto premisnya ketika ketiadaan pelanggan dengan tanggapan, ia sudah diboikot pelanggan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa individu yang menyebarkan video tersebut berniat tidak baik dan hanya ingin mencetuskan kontroversi.

Chef Ammar ni baik sebenarnya. Dia peramah. Suka doakan orang yang baik-baik. Dia cuma counter balik apa yang orang cakap pasal dia je.

Kedai kosong pun complain, kedai dah ramai skrg kata sombong dan riak pulak. Dah org kata kedai dia tak laku dia bagi la balik. Nak lawan dgn nitizen pulak mmg la kena mcm tu..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Tuntutan Cerai Ini Bukan Keputusan Saya” – Isteri Pertama Datuk Red Nafi Cerai Sebab Suami Jatuh Miskin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...