(VIDEO) “Aku Ni Korang Pergi Tendang Sampai..” – Abang Tesla Sindir Orang Yang Sokong Gigolo Tapi ‘Palau’ Dia Berpoligami

Kehidupan

(VIDEO) “Aku Ni Korang Pergi Tendang Sampai..” – Abang Tesla Sindir Orang Yang Sokong Gigolo Tapi ‘Palau’ Dia Berpoligami

Pensohor media sosial, Abang Tesla tampil membuat video berbaur sindiran berkaitan kes persundalan media sosial yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Sebelum ini, Abang Tesla dikecam hebat gara-gara pernikahan kali keduanya tidak dimaklumkan isteri pertama dan sekaligus membuatkan orang ramai terutamanya kaum wanita ‘shaking’ dan tidak dapat menerima cara lelaki itu berpoligami termasuklah kes melibatkan Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di TikTok, lelaki itu menyindir tajam mengenai reaksi kaum lelaki dan wanita yang sesetengahnya dilihat menggagumi gigolo dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ meskipun terlibat dalam aktiviti persundalan di media sosial.

Mana hari tu yang ‘shaking’? 20 orang yang tengah ‘berlakon’ kau tak shaking, yang aku 2 orang korang shaking pulak. Mana pergi? Siap wish goodluck.

Aduhai, benda sekarang dah terbaliklah. Orang yang tak betul tu korang pergi angkat. Aku ni korang pergi tendang sampai nak jatuh ke gaung.

Difahamkan, Abang Tesla turut mengambil kesempatan melakukan promosi kudapan makanan bertih jagung dalam video itu.

Hot daddy

Terdahulu, Abang Tesla menjadi tumpuan gara-gara berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama. Dia kemudiannya mendapat populariti sehingga dijemput untuk temu bual oleh media-media hiburan tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mufti
3 months ago

"Bimbang Bawa Ke Jurang Keruntuhan Akhlak.." - Mufti Penang Kecewa 'Hot Daddy' Dijemput Ke Podcast, Gesa Ambil Tindakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...