Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM teruk dikritik warganet selepas dia memuat naik video bercakap tentang kepercayaan serta kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.
Bagaimanapun, anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu tidak berdiam diri dan membidas semula kecaman yang diterimanya di media sosial.
Belum pun reda, anak perempuannya, Bella memuat naik hantaran di TikTok mempamerkan tangkap layar perbualannya dengan Kak KM di Whatsapp.
Menerusi chat itu, Kak KM meluahkan rasa kecewa dan mendakwa dirinya difitnah oleh masyarakat selain turut dilabel penunggang agama.
Bella berkata ibunya mempunyai hak untuk tidak membuat penerangan namun sebagai anak dia tidak akan berdiam diri jika ada orang ‘mengusik’ ibunya.
Aku harap bab* bab* yang memfitnah dan menganiaya mak aku ni akan dapat musibah yang sangat teruk.
@smexyshawtymak aku mmg taknak buat penerangan, itu keputusan & hak dia. tapi aku anak takkan diam kalau org buat mak aku. aku harap babi2 yg memfitnah & menganiaya mak aku ni akan dapat musibah yg sgt teruk. amin ya rabb.♬ original sound – bukan bella
Kak KM turut menangis dengan teruk akibat dikecam bertubi-tubi sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit malah turut akui penangan difitnah ini begitu dahsyat.
Mama betul tak boleh terima benda ni. Mama demam teruk, nangis dari pagi tak boleh tahan la.