Sebelum ini, isteri kepada penyanyi, Virgoun iaitu Inara Rusli mendedahkan bahawa dia menjumpai bukti transaksi akaun bank suami yang menghabiskan lebih RM59,000 untuk melanggan pelacur.
Susulan pendedahan tersebut, Virgoun nekad memfailkan talak cerai terhadap isterinya dan mendapat hak penjagaan anak-anak memandangkan isterinya tidak bekerja.
Tidak berputus asa, inara terpaksa membuat keputusan berat untuk membuka purdah selepas hampir 5 tahun memakainya.
Keputusan itu dibuat demi memudahkan urusan untuk mencari nafkah anak-anak sekaligus mendapatkan semula hak penjagaan mereka.
Difahamkan, Inara telah mendapat tawaran pekerjaan daripada sebuah syarikat produk kecantikan untuk menampilkan wajahnya.
Secara tidak langsung, syarikat itu menawarkan pekerjaan tersebut bagi membantunya untuk mendapatkan semula hak penjagaan tersebut.
Dalam pada itu, Inara berharap agar keputusannya untuk membuka purdah tidak mengundang prasangka buruk orang ramai memandangkan situasinya sedang darurat.
Bismillah, saya pakai kerana Allah, saya buka kerana Allah untuk menghidupi anak-anak saya.
@tgifjj Gon, Nikmat Tuhan mana lagi yang kau Dustakan? #inararusli #virgoun #derysulaiman #drrichardlee #klarifikasi #perselingkuhan #fyp
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.