Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi bualan ramai selepas netizen menghentam tindakan stesen TV3 kerana meletakkannya sebagai penyampai anugerah yang dimenangi oleh Sophia Albarakbah.
Tindakan Anugerah Terhangat Melodi itu menerima kecaman ramai kerana dikatakan menggunakan trauma dialami Bella untuk meraih publisit dan rating tontonan.
Aktres berasal dari Sabah itu bagaimanapun memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa respon berhubung apa yang dilakukan Melodi dan TV3 itu.
Dalam pada itu, hantaran dimuat naik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di Instagram telah mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi video sweet bersama Bella.
Menerusi hantaran itu, Syed Saddiq dilihat mengikut trend media sosial yang menggunakan lagu nyanyian Taylor Swift berjudul Ready For It? dan aksi mereka berdua membuatkan ramai netizen tak keruan.
Sesi jerit menjerit untuk hilangkan stress.
View this post on Instagram
Ramai netizen mengusik ahli parlimen berusia 33 tahun itu yang kini dikatakan sudah mula tunjuk sisi romantik dan pandai memujuk.
Segelintir individu mengaitkan ‘stress’ yang dimaksudkan oleh Syed Saddiq dengan insiden yang berlaku di atas pentas ketika acara Anugerah Terhangat Melodi itu.