Selepas hampir empat bulan bercuti, semalam menyaksikan pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan pelajar Tahun 5 dan 6 kembali bersekolah seperti biasa. Pembukaan semula sekolah selepas sekian lama ini turut diikuti dengan garis panduan yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.
Bagi melaporkan suasana di dalam persekitaran norma baru ini, aksi seorang wartawan TV3 membuat liputan di sebuah sekolah menghiburkan ramai. Wartawan tersebut bukan sahaja siap memakai pakaian seragam sekolah malah penyampaian yang unik turut menarik perhatian ramai.
“Ali awak buat apa Ali? Dari tadi saya tengok awak bercakap.”
SELINGAN | “Ali awk buat apa Ali? Dari tadi tadi saya tengok awk bercakap” pic.twitter.com/th98Zpo8dx
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 15, 2020
Dalam laporan berita yang disiarkan, wartawan itu siap membawa watak sebagai pelajar sekolah dan duduk bersama-sama pelajar lain di dalam makmal sekolah. Malah, dia siap kena ‘tegur’ dengan guru yang sedang mengajar di hadapan.
Sedutan laporan berita dikongsikan di laman Twitter rasmi Buletin TV3 itu kemudian menjadi viral dengan mendapat lebih 150,000 ribu tontonan dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada juga yang perasan wartawan tersebut sebenarnya meminjam tali leher pelajar sekolah yang duduk di sebelahnya.
Ali ni, dh la pinjam tie abu kat sebelah, boleh pulak bercakap cakap dlm class. Nak school ke taknak school ni.. Hmmm
— A S H . A H M A D (@Ashhahmd) July 15, 2020
kalau nampak member cakap sorang2 dalam kelas. Biarkan je maybe dia tengah cakap dengan kamera.
— qayyum_official (@QayyumAsyraaf) July 16, 2020
Kalau cikgu tambah “awak cakap dengan siapa tu? Meh sini cakap dekat depan terangkan dekat kawan. Nak sangat bercakap kan?” ha baru real??
— a d ? m ?? (@matmachow) July 15, 2020
Kalau aku dulu si ali ni dah makan duster dah cikgu tu baling ???
— Muhammad (@zPeyi) July 15, 2020
Makin lama makin kreatif cara penyampaian wartawan sekarang ini. Yang seronoknya, cikgu pun boleh tahan ‘sporting’ berlakon sekali.