April 22nd, 2015

Lee Kwang Soo memang comel!!! Kalau dalam Running Man pun Abang Nara memang paling suka Kwang Soo. Kelakar tahap zirafah. Bila tengok video aksi bersungguh-sungguh Lee Kwang Soo mengumpul LINE Mileage di bawah, memang tergelak sakan Abang Nara dibuatnya. Raut muka memang serius tak ingat. Hehehe.

Ada ke pembaca BeautifulNara yang tak tahu apa itu LINE? Femes tau LINE nie. LINE merupakan applikasi chatting yang menarik dengan sticker, emoticon dan macam-macam lagi. Abang Nara pun selalu juga gunakan LINE. Paling best sebab LINE banyak buat contest. Terbaru boleh kumpul LINE Milage yang boleh digunakan di pelbagai tempat seperti 7 Eleven, Starbucks, Chatime, Zalora dan banyak lagi.

line

Senang je cara nak dapatkan LINE Mileage ini. Hantar je mesej kat kawan-kawan korang. Chatting sepuas-puas hati di LINE. Makin banyak mesej dihantar, makin banyak LINE Mileage yang akan diterima. Makin banyak LINE Mileage yang korang ada, makin banyaklah penjimatan yang boleh dilakukan. Tak perlu guna wang tunai dah untuk beli barang. Guna LINE Milage je. Best kan?

line

Contohnya macam Lee Kwang Soo dalam video di atas yang tak cukup duit nak bayar barang yang dibelinya di 7 Eleven. Terus dengan pantas dia berbalas mesej dengan kawan-kawannya di LINE. Akhirnya dapat kumpul 1400 points LINE Mileage dan boleh bayar harga barang yang dibelinya. Hehehe. Time-time sesak memang bagus kalau ada LINE Milage yang banyak. Boleh jimat cermat.line Jadi tunggu apa lagi? Kalau korang belum ada LINE, silalah muat turun di Google Play Store atau Apple Store. Cuma perlu search LINE je. Lepas tue terus berborak dengan kawan-kawan sampai lebam di situ. Kumpul LINE Mileage sebanyak yang mungkin. Selamat mencuba!!! Maklumat lanjut layari Facebook LINE Malaysia.


Comments are closed.

Loading...