Selepas berita selebriti Hairul Azreen yang dibebaskan dengan jaminan polis gara-gara video beliau menembak menggunakan senapang patah tanpa lesen viral, beliau sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila video beliau melakukan aksi berani seakan terbang di escalator mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Tindakan Hairul itu mengundang rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan mengapa beliau harus melakukan perbuatan tersebut yang hanya membahayakan dirinya sendiri dan mungkin juga orang awam secara tidak langsung.
Kami tahu Hairul seorang pelakon lagak ngeri yang hebat dan gemar dengan aktiviti lasak. Walaubagaimanapun, malang itu tidak berbau dan harapnya beliau tidak akan mengulangi perkara yang sama demi keselamatan diri dan orang lain. Netizen sebenarnya bimbang sebab itu mereka tegur.