Tekanan hidup kadang-kala boleh membuat seseorang itu bertindak diluar kawalan dan menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang wanita telah membuat sesi siaran langsung atau live di aplikasi TikTok miliknya sewaktu dia sedang memandu kenderaan.
Namun, apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah wanita yang memakai hijab itu turut meminum minuman keras ketika melakukan sesi live tersebut.
Menerusi video tersebut, wanita itu dipercayai meminum arak kerana terlalu tertekan dengan kehidupannya.
I tak tahu asal, I down gila.. I macam mental breakdown tau.
Malah, apabila ditegur mengenai hukum meminum minuman keras, wanita itu mengakui dia tahu tentang hukum agama Islam.
Ye haram, akak tahu dik… terima kasih untuk nasihat tu ye.
Ini lah perempuan bodoh ye kawan-kawan. Anak cucu kita di jauhi dari perempuan seperti ini. Kbai. pic.twitter.com/10Ipsff3Th
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 30, 2023
Dalam hantaran berbeza, wanita itu juga dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan terlibat dalam kemalangan kecil.
Kejap eh, I accident gais..
@xtraajose kadang² org tegur utk kebaikan,semoga allah beri petunjuk#nur666eksiden #nur666 #fyp
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.