Umum diketahui, terutamanya mereka yang menetap di Selangor telah menghadapi gangguan bekalan air akibat pencemaran oleh sebuah kilang di Sungai Gong.
Kini, Air Selangor, menerusi muat naik Twitter mereka telah menerangkan proses pemulihan semula bekalan air dan faktor-faktor yang perlu diambil kira sewaktu proses pemulihan.
Untuk makluman, proses pemulihan semula bekalan air bergantung kepada beberapa faktor seperti:
1) Tekanan air
2) Faktor muka bumi
3) Jajaran paipKami berterima kasih di atas kesabaran dan sokongan anda dalam memastikan proses pemulihan semula bekalan air berjalan lancar. pic.twitter.com/2skty9K16S
— Air Selangor (@air_selangor) September 5, 2020
Menurut Air Selangor, sejak 2 hari yang lepas beberapa lokasi/wilayah yang terlibat adalah Gombak, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat.
[TERKINI] Air Selangor telah mengumumkan bahawa 4 loji rawatan air sudahpun mula beroperasi dan pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat.