(VIDEO) “Aib Orang Tu..” – Buat Video Beli Telekung Untuk Pembantu Rumah, Iqbal Zulkefli Dikecam?

Hiburan

(VIDEO) “Aib Orang Tu..” – Buat Video Beli Telekung Untuk Pembantu Rumah, Iqbal Zulkefli Dikecam?

Baru-baru ini, usahawan Iqbal Zulkefli ada memuat naik satu hantaran video memaparkan dia menegur pembantu rumahnya yang jarang menunaikan solat dan telah membeli satu set telekung untuk kegunaan pekerjanya yang bernama Indah itu.

Dalam video tersebut, Iqbal dilihat menegur dan membawa Indah ke butik telekung bagi tujuan membeli pakaian solat.

Advertisement

Iqbal juga memohon saranan dan nasihat daripada netizen dalam usaha untuk dirinya menjadi majikan yang lebih bertanggungjawab.

Namun begitu, video berkenaan telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Iqbal.

Kata netizen, perkara itu seperti membuka aib Indah dan ia tidak perlu dimuat naik ke media sosial.

Beli telekung untuk pembantu tak payah la up video. Dan mengatakan pembantu tak solat perlu ke? Aib orang tu En. Iqbal..

Enggan mendiamkan diri, Iqbal kemudiannya menjawab kritikan netizen di mana dia memaklumkan bahawa Indah bersetuju dan telah berbincang terlebih dahulu sebelum ia direkod dan dimuat naik ke media sosial.

InstagramSumber : Instagram  

Indah ok saja sambil bergurau je pun. FIkir logik takkan dia tak pernah solat langsung. Sebelum rakam pun kita bincang dulu.

Tambahnya lagi, netizen tidak perlu mengambil sesuatu perkara yang dimuat naik dalam media sosialnya dengan begitu serius.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

king coco rina harun
2 years ago

"Apo Perempuan Lambat? Slow?" - King Coco Kritik Video Rina Harun Dan Rosyam Nor Sekadar Publisiti Yang Dibuat-Buat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...