(Video) Ahli Muzik Pilih Untuk Bermain Violin Sepanjang Pembedahan Sementara Doktor Buang Ketumbuhan Dalam Otak

Kehidupan

(Video) Ahli Muzik Pilih Untuk Bermain Violin Sepanjang Pembedahan Sementara Doktor Buang Ketumbuhan Dalam Otak

Sepanjang berada di dalam dewan pembedahan, bunyi alunan violin mengiringi pembedahan yang sedang dijalankan. Wanita bernama Dagmar Turner yang berusia 53 tahun ini bukanlah mahu menunjukkan skill bermain violin nya semata-mata tetapi ada sebab di sebaliknya.

Pakar bedah meminta wanita itu untuk bermain violin sepanjang pembedahan bagi memastikan keupayaan muzikal wanita itu tidak hilang ketika tumor dibuang dari kepalanya. Wanita tersebut merupakan pemain violin profesional dan sudah lama berkecimpung dengan alat muzik itu sejak usia 10 tahun.

Advertisement

Ketumbuhan yang berada pada bahagian kanan ‘frontal lobe’ itu terletak begitu hampir dengan bahagian otak yang bertanggungjawab dalam pergerakan tangan kiri. Kedudukan ini sangat berisiko lagi-lagi untuk pemain violin sepertinya yang memerlukan kedua-dua tangan untuk bermain.

Violin adalah minat saya. Saya dah mula bermain sejak usia 10 tahun lagi. Bila fikirkan keupayaan untuk bermain violin boleh hilang, saya jadi takut.

pembedahan

Menurut pakar bedah itu, mereka melakukan pembedahan membuang ketumbuhan sebanyak 400 kali pada setiap tahun. Tapi ini adalah pertama kali mereka melakukan pembedahan sambil diiringi muzik yang dimainkan oleh pesakit.

Sebelum pembedahan bermula, mereka menghabiskan masa selama dua jam dalam merangka pelan bahagian otak Dagmar Turner untuk mengenalpasti kawasan yang aktif semasa dia bermain violin. Rancangan ini akhirnya membuahkan hasil apabila 90% daripada ketumbuhan itu berjaya dibuang tanpa merosakkan ‘motor skills’ wanita itu.

Anda boleh tonton video pembedahan di bawah:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...