Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lyza Malek memaparkan anak lelakinya yang sedang mengasuh bayi telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, anak lelakinya itu dilihat memujuk bayi yang sedang merengek dengan mendendangkan lagu Tepuk Amai-Amai.
Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila dia telah menukar lirik lagu asuhan tersebut seolah-olah memerli ibunya yang sedang bermain telefon bimbit.
Adik jangan nangis, emak tengok handphone..
Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 2M tontonan, 155.8K tanda suka, dan 6.5K komen di aplikasi TikTok.
@lyzamalek
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu yang disifatkan berani melakukan perkara tersebut.
Adik kau memang berani, ayah adik pun tak berani cakap macam-macam – netizen.
“Yang last sekali panjang betul ‘handphone’ nya tu.. perli sungguh niii,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.