Filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan yang hangat kerana mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan tidak klise seperti filem tempatan yang lain.
Dikala mendapat pujian dan reaksi positif daripada penonton, filem tersebut dihimpit kontroversi apabila pengarahnya didakwa meniru filem Vanishing Act yang pernah ditayangkan sekitar tahun 1986. Ramai betul yang kecewa sehingga ada yang tidak berminat untuk menonton filem Misteri Dilaila lagi.
Seorang individu di Twitter mendedahkan kedua-dua buah filem itu hampir 80 peratus sama. Antaranya watak paderi ditukar kepada imam dan anjing pula ditukar kepada kucing.
Terbaru, sekali lagi menerusi laman Twitter, ada pula pihak yang membuat perbandingan kedua-dua filem tersebut.
“Sayang, you minumlah dulu, I nak mandi”#MisteriFilemMisteriDilaila pic.twitter.com/PzqJp75ubj
— FILEMKITA (@FilemKita) March 4, 2019
"Imam yakin ke pompuan tu isteri saya? Kalau betul dia isteri saya, tentu dia tak letak apa-apa dalam scotch yang Imam tengah minum tu kan?" – Jefri.
"Scotch? (Ingatkan kopi) KAU TAK TAHU APA YANG KAU DAH BUAT! Erk… uhuk uhuk…" – Imam.#MisteriFilemMisteriDilaila pic.twitter.com/kSyXQgMPvK
— FILEMKITA (@FilemKita) March 4, 2019
"Inspektor, ni dia kopi, eh scotch tu! Ambik, bawak pergi makmal, check tengok…"#MisteriFilemMisteriDilaila pic.twitter.com/hnQ3Olvcij
— FILEMKITA (@FilemKita) March 4, 2019
"Inspektor, cuba bagitahu apa yang tengah jadi ni. Konfius ah" – Paramedik.
"False alarm korang. FALSE ALARM! Takde sapa tiru sapa di sini. Korang semua boleh balik" – Inspektor.
"Thanks Inspektor. Kami chow dulu" – Paramedik.#MisteriFilemMisteriDilaila pic.twitter.com/xIw4PHeGQT
— FILEMKITA (@FilemKita) March 4, 2019
Sambungan #MisteriFilemMisteriDilaila:
"Saya risau lah. Pukul berapa dah ni, Dilaila tak balik2 lagi. Dia tu dah la bawak kereta laju. Jalan sini pulak banyak selekoh…" pic.twitter.com/KBffSyX8g9
— FILEMKITA (@FilemKita) March 6, 2019
Jefri – (cakap dalam hati) "Dari belakang nampak macam Dilaila. Baik aku pergi tepuk bahu dia…"#MisteriFilemMisteriDilaila pic.twitter.com/GZkoSVqxeW
— FILEMKITA (@FilemKita) March 6, 2019
Jefri – "Siasat la, check IC dia, kad kredit dia"
Imam – "Oh, lupa nak cakap. Kereta Dilaila kena curi, barang2 habis hilang"
Jefri – "Kenapa tak report polis?"
Inspektor – "Hmm, tadi ada orang report kereta hilang"
Imam – "Saya la yang report tu"#MisteriFilemMisteriDilaila pic.twitter.com/fLwwrm3PBY
— FILEMKITA (@FilemKita) March 6, 2019
"Saya ada tangkap gambar dengan isteri saya…"
Siri #MisteriFilemMisteriDilaila akan bersambung di lain hari, sambil-sambil menunggu penjelasan paling mendebarkan daripada pihak penerbit/pengarah/penulis filem Misteri Dilaila. pic.twitter.com/0L7ERSBgZS
— FILEMKITA (@FilemKita) March 6, 2019
Apa pula kata anda selepas melihat perbandingan ini? Sama ataupun tidak?