(VIDEO) “Ada TV, Wifi Semua Tak?” – Nampak Macam Kompleks Perumahan, Rupanya ‘Banglo’ Khas Untuk Si Mati

Hiburan

(VIDEO) “Ada TV, Wifi Semua Tak?” – Nampak Macam Kompleks Perumahan, Rupanya ‘Banglo’ Khas Untuk Si Mati

Baru-baru ini, tular rakaman video mempamerkan kawasan perumahan di sebuah lokasi di Indonesia dan ia mendapat perhatian ramai warganet Malaysia.

 

Advertisement

Bukan perumahan rupanya

Berdasarkan video itu, perakam mengambil video satu per satu rumah-rumah yang dibina di kawasan tersebut tetapi rupa-rupanya ia bukanlah kompleks perumahan penduduk.

Sebaliknya, ia merupakan deretan kubur di mana ia dibina seperti rumah dan menerusi video itu boleh dilihat ia mempunyai pelbagai reka bentuk.

 

Siap bina dua tingkat!

Malah ada yang membina kubur tersebut seperti rumah banglo dua tingkat dan dilengkapi dengan tangga di bahagian tepi.

kompleks kubur

Video tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya mereka yang baru tahu tentang kewujudan budaya begitu di negara itu.

Sesetengah turut berseloroh tentang kewujudan ‘perumahan’ tersebut dengan berkata ia cukup besar dan boleh didiami orang yang masih hidup selain ada yang bergurau mengatakan ia lengkap dengan kemudahan lain seperti elektrik dan wifi.

Sape yang takde rumah boleh sewa, sambil duduk sambil ingat kematian.

komen

 

Tak sangka wujud kubur macam ni

Ada juga warga Indonesia yang komen mengaku tidak tahu tentang kewujudan kompleks kubur mewah sebegini dan berkata mungkin dia tidak akan tahu tentang kuburan elit ini jika bukan kerana video itu.

komen

@badar1015 Komplek rumah ❌ kuburan elit ✅ #palopo #kuburan ♬ suara asli – Yurika naura

mat motor
10 months ago

Nak Beri Penghormatan Terakhir Pada 'Raja', Geng Motor 'Rem' Sekuat Hati Sambil Menangis Pegang Keranda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...