Semalam telah ke dipertontonkan kepada peminat drama episod pertama naskah Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sekaligus berjaya mencuri perhatian ramai.
Mendapat sambutan hangat, media sosial menyaksikan netizen sudah tidak sabar lagi untuk menonton episod seterusnya.
Semalam juga tular sedikit sedutan drama berkenaan yang dimuat naik seorang pengguna TikTok sehingga meraih ratusan ribu ‘views’ dan ‘likes’.
Namun apa yang menjadi tumpuan adalah apabila babak atas katil antara Aliff dan Sophia telah dikaitkan dengan konflik rumah tangga yang berlaku antara hero dan isterinya, Bella Astillah bersama Sophia yang kecoh sebelum ini.
Kata netizen, memang patut Bella Astillah ‘risau’ kerana babak intim itu boleh membuatkan seseorang bergelar isteri marah dan cemburu.
Ada babak atas katil, mau tak bengang Bella tu?
Nasib babak tu tak ‘over’ sangat..
Mengimbas kembali, Bella Astillah mendedahkan kepada umum mengenai sikap seorang pelakon wanita yang didakwa cuba untuk menggoda suaminya, Aliff Aziz ketika berada di set penggambaran sebuah naskah dipercayai drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan sutradara Osman Ali.