January 3rd, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Achey, daripada orang dewasa sehinggalah kanak-kanak pasti terhibur dengan lawak  beliau.

Namun, disebalik segala senyum dan tawa Achey demi menghiburkan kita, terdapat kisah sedih dalam hidupnya dan isteri, Nor Hasanah Yahaya yang belum lagi dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi rancangan Di Balik Tawa baru-baru ini, luahan sedih Achey  dan isteri beliau mendapat perhatian ramai. Pelbagai tomahan yang mereka harus hadapi kerana isu tersebut.

Penguat pasangan ini adalah dengan menumpang kasih sayang anak-anak rakan serta saudara-mara mereka. Achey dalam nada sebak meminta maaf sekiranya ada sesetengah orang kurang senang jika beliau mendekati anak-anak mereka, beliau memohon untuk meminjam kasih sayang anak-anak itu sekejap sahaja.

Tersentuh hati kami dengan segala luahan Achey dan isteri. Kami mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan sabar serta jangan peduli dengan percakapan orang lain. Percayalah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan rezeki itu boleh datang bila-bila masa sahaja. Teruskan berdoa dan jangan putus asa.


16 responses to “(VIDEO) Achey Dan Isteri Luah Rasa Sedih Belum Dikurniakan Cahaya Mata”

  1. aku says:

    amik je ank angkat..ivf ke

  2. Nyonya Mansor says:

    Achey dan isteri jangan bersedih, kadang2 Allah turunkan hujan sebab Allah nk tunjukkan pelangi kat kita..mcm saya sudah 9thn berkahwin tapi tiada anak..mula2 menangis bila kwn ofis lepas 1-1 mengandung..tapi bila seorang sahabat sy jumpa sy bercerita mengenai Siti Aisyah yg juga tidak punya zuriat bertanya pada Nabi Muhammad siapa yg akan jemputnya di syurg nnt sbb dia tidak punya zuriat..Nabi berkata ada 7 golongan yg Aku akan jemput dia di syurga salah seorang ialah suami/istri yg tidak punya zuriat..Terasa batu terlepas dari bahu bila mendengarnya..
    Takpe take positif mungkin Allah nk bagi kita nikmat yg lain..jom kita ambil anak angkat Palestine..masih ramai anak yg perlukan bantuan kita..Mungkin itu tujuannya Allah bagi kita ujian macam ni..Redha..manisnya pastu datang

    • Anonymous says:

      berat ujian untuk suami isteri yang tidak punya zuriat…aku yang 4 tahun tunggu pun macam2 dugaan, sebab tu ganjaran besar di akhirat sana
      teruskan berdoa dan berusaha ye sahabat2…selagi ada cara anda cuba sahaja
      lain2 berserah kepada Yang Maha Esa

  3. MakDara says:

    Mak Dara tngok pun rasa nak nangis. Nasib dalam office.Sabar ye aceh n wife. Mungkin Allah beri rezeki wang dan yg lain2 dulu. Baru lah ada rezeki anak. Yang penting usaha dan doa. Jangan putus asa tau. Tabik dgn aceh masih setia dgn isteri.

  4. Anonymous says:

    Saya doakan Achey n Hasanah dapat baby tahun 2018 ni. Aamiin :)

  5. anita says:

    Takpe lah aceh. itu semua rezeki dari Allah. banyak berdoa, bersedakah, bantu anak2 yatim. insyallah ade rezekinya nanti..Allah maha kuasa, allah tahu untuk beri yang terbaik pada hambanya..

Loading...