(Video) Abang Posmen Kongsi Tugas Menghantar Surat Bersama Anjing Peliharaan Ini Selama 4 Tahun

Kehidupan

(Video) Abang Posmen Kongsi Tugas Menghantar Surat Bersama Anjing Peliharaan Ini Selama 4 Tahun

Gelagat comel seekor anjing peliharaan ini mencuri tumpuan ramai apabila dia ‘ditugaskan’ untuk mengambil surat daripada abang posmen setiap hari. Gelagatnya yang dirakamkan oleh Munir Mohd yang berkhidmat sebagai penghantar surat ini dikongsikan di Facebook miiknya.

Video tersebut telah menerima lebih 15,000 perkongsian di mana rata-rata netizen kagum melihat gelagat anjing tersebut. Menurutnya, sejak empat tahun lalu anjing tersebut akan ditugaskan untuk mengambil surat untuk pemiliknya setiap kali dia menghantar surat.

Advertisement

“Memang jinak dah 4 tahun kenal. Hahahaha tugas dia memang ambil surat.”

Di dalam video itu, anjing tersebut akan datang kepadanya setiap kali melihat kelibatnya di hadapan rumah. Anjing yang dikenali sebagai Aruk ini kemudian akan melompat dan menggigit surat untuk dibawa masuk kepada pemiliknya.

Menerusi temu bual bersama SAYS, Munir memberitahu anjing tersebut telah dipelihara oleh pemiliknya sejak lima tahun yang lepas. Dia yang berkhidmat sebagai penghantar surat sejak 2012 itu akui berasa takut ketika pertama kali berjumpa anjing tersebut.

Tetapi lama kelamaan mereka mula rapat dan adakalanya akan berjumpa hampir setiap hari.

anjing

Video tersebut yang tular dikongsikan turut menerima pelbagai komen positif daripada netizen. Kebanyakannya berasa terhibur dan kagum melihat kerjasama yang baik di antara mereka berdua. Setakat ini, video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 400,000 kali di Facebook.

“Pandai sangat.”

facebook

Ada juga netizen yang memuji tindakan pemilik ini yang mendidik anjing ini dengan sangat baik. Sehinggakan abang posmen ini dapat melakukan tugasnya dengan tenang tanpa rasa takut lagi. Sedar tak sedar, sudah empat tahun mereka berdua bekerja bersama-sama untuk menghantar surat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...