Satu laman web ulasan makanan luar negara menjadi sasaran kecaman netizen Malaysia apabila pengendali akaun itu didakwa tersilap memberi gambaran dan info mengenai makanan ruji sarapan pagi rakyat negara ini iaitu roti canai.
Dalam video itu, Twitter laman web ulasan makanan, TasteAtlas memberi ‘rating’ 4.9 kepada hidangan roti canai dan menulis bahawa makanan itu disediakan dengan pelbagai lauk tambahan yang lain.
Ia kemudian memuat naik video penyediaan ‘roti canai’ itu yang kelihatannya jauh beza daripada apa yang biasa kita lihat ketika membeli hidangan itu di kedai makan.
Roti canai
?Malaysia ??
?? 4.9Discover Malaysian food: https://t.co/KBhLT70L0V
Video: @foodfinder
Roti canai is a traditional Malaysian pan-fried flatbread. It can be served on the side, but also as the star dish, accompanied by different fillings and ingredients. pic.twitter.com/cpj5IIn6qe
— TasteAtlas (@TasteAtlas) January 31, 2023
Hantaran itu kemudiannya mendapat maklum balas negatif daripada netizen Malaysia yang rata-ratanya menafikan rupa bentuk dan penyediaan menu roti canai tersebut.
INI BUKAN ROTI CANAI. ABAH KO ROTI CANAI BENTUK MACAM NI
‘Roti canai’ tersebut dilihat menyerupai roti arab dan video tersebut sepertinya tidak dirakam dalam negara Malaysia.