(Video) 5 Tips Elak ‘Tangisan’ Sewaktu Memotong Bawang

Kehidupan

(Video) 5 Tips Elak ‘Tangisan’ Sewaktu Memotong Bawang

Perkara yang kerap terjadi ketika memasak di dapur, pastinya keluar ‘tangisan’ sewaktu memotong bawang. Ini boleh mengundang ketidakselesaan sewaktu memasak. Namun ia tetap perlu dilakukan kerana bawang merupakan bahan penting dalam masakan harian.

Untuk pengetahuan anda, bawang sebenarnya membebaskan enzim sewaktu dipotong. Enzim inilah yang membuatkan mata kita menjadi pedih lalu mengeuarkan air mata.

Advertisement

Kami kongsikan petua untuk elakkan mata anda menjadi pedih sewaktu memotong bawang.

1. Guna pisau yang tajam

2. Kupas bawang di dalam air

Bawang yang dikupas di dalam sebekas air, mampu memerangkap enzim dari tersebar di udara yang menyebabkan iritasi pada mata. Namun, cara ini agak sukar kerana bawang akan terapung dan ia menjadi agak licin.

3. Halakan pada kipas atau ventilator

Bagi menghindari enzim yang terbebas di udara, memotong atau mengupas bawang boleh dilakukan di tempat yang mempunyai pengaliran udara bertentangan dari anda dengan bantuan kipas, tingkap atau ventilator. Ini agar dapat membawa enzim terampai di udara menghala ke arah lain. Ia juga boleh dilakukan di tempat yang terbuka agar enzim di dalam bawang diterbangkan angin jauh dari mata.

4. Salut pisau dengan perahan lemon atau cuka

Asid di dalam perahan lemon atau cuka mampu menyahaslikan enzim yang terkandung di dalam bawang. Dengan menyalut pisau atau papan pemotong dengan larutan berasid, ia dapat mengurangkan iritasi pada mata. Namun perlu diingatkan cara ini mungkin memberi kesan kepada rasa bawang.

5. Sejukkan di dalam peti ais

Bawang yang disejukkan dapat mengurangkan pembebasan enzim tanpa menjejaskan rasanya. Namun, jangan biarkan ia beku dan tidak melebihi 20 minit  di dalam peti sejuk bagi mengelakkan perubahan tekstur. Elakkan juga meletakkan bawang berhampiran epal atau kentang bagi mengelakkan peti ais berbau.

Pasti anda tidak akan ‘bersedih’ lagi selepas ini ketika memotong bawang. Terdapat kajian yang menyatakan, mengeluarkan air mata ketika mengupas bawang dapat membersihkan mata dari segala jenis kotoran.

Mungkin sesekali keluar air mata sewaktu memasak ini ada kebaikannya juga.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...