(VIDEO) 4 Hari 4 Malam, Hartawan Sanggup Labur RM856,029 Untuk Majlis Berkhatan

Dunia

(VIDEO) 4 Hari 4 Malam, Hartawan Sanggup Labur RM856,029 Untuk Majlis Berkhatan

Selalu kita dapat lihat majlis berkhatan hanya disambut kecil-kecil diantara keluarga saja, namun di Bandung, Indonesia baru-baru ini lain pula apabila acara berkhatan disambut dengan penuh meriah serta besar-besaran.

Majlis berkhatan yang berlangsung di negara jiran itu cantik dihiasi pentas besar dan kumpulan muzik Koplo.

Advertisement

Perkara yang membuat ramai terkejut apabila mengetahui kos untuk melakukan majlis khatan tersebut cecah sebanyak 3 billion rupiah (RM856,029).

Bahkan individu yang memuat naik video tersebut di TikTok berkata majlis berkenaan disambut selama 4 hari 4 malam.

Difahamkan dari individu bernama Gito itu, majlis berkhatan tersebut dianjurkan oleh seorang hartawan dari Bandung yang mempunyai perniagaan warung tolak terkenal di Kota Kembang.

Dapat dilihat majlis tersebut sama seperti konsert yang dipenuhi artis tempatan kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi serta multimedia.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih 100 ribu tanda suka dan 2 juta tontonan daripada pengguna platform tersebut.

1 year ago

Ira Kazar Relaks Makan Burger & Aiskrim, Netizen Kata - "Berlagak Tenang Je Tu, Dalam Hati Kucar Kacir"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...