(Video) 30 Minit Tersadai Di Tengah Jalan, Orang Ramai Bantu Kejutkan Pemandu Tertidur Dalam Kereta

Trending

(Video) 30 Minit Tersadai Di Tengah Jalan, Orang Ramai Bantu Kejutkan Pemandu Tertidur Dalam Kereta

Baru-baru ini tular video orang awam membantu kejutkan pemandu yang terlelap selama 30 minit di dalam kereta. Dan sebenarnya banyak risiko yang membahayakan boleh berlaku kalau keadaan ini dibiarkan terlalu lama.

Lagi-lagi apabila kereta tersebut menghalang lalu lintas dan menyukarkan pemandu lain. Berdasarkan video ini, kita dapat saksikan orang awam berusaha menggoyangkan kereta untuk kejutkan pemandu.

Advertisement

Dikatakan, pemandu kereta tersebut terlelap semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Disebabkan lama sangat menunggu, orang awam turun untuk periksa keadaan pemandu itu.

Mereka berjaya menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam kereta BMW selepas salah seorang dari orang ramai bertindak memecahkan cermin kereta itu.

Dalam ramai-ramai yang membantu, turut berada di tempat kejadian ialah pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak. Di dalam video yang dimuatnaik nya, Zizan turut berterima kasih pada orang awam yang sama-sama membantu.

“Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira cina melayu dan india.” 

zizan razak
Nasib baik juga ramai yang sanggup membantu. Kalau dibiarkan lama-lama boleh memudaratkan pemandu tersebut. Walaupun tak pasti sama ada beliau terlelap ataupun pengsan, harapnya semua baik-baik sahaja.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...