Baru-baru ini tular video orang awam membantu kejutkan pemandu yang terlelap selama 30 minit di dalam kereta. Dan sebenarnya banyak risiko yang membahayakan boleh berlaku kalau keadaan ini dibiarkan terlalu lama.
Lagi-lagi apabila kereta tersebut menghalang lalu lintas dan menyukarkan pemandu lain. Berdasarkan video ini, kita dapat saksikan orang awam berusaha menggoyangkan kereta untuk kejutkan pemandu.
Mereka berjaya menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam kereta BMW selepas salah seorang dari orang ramai bertindak memecahkan cermin kereta itu.
Dalam ramai-ramai yang membantu, turut berada di tempat kejadian ialah pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak. Di dalam video yang dimuatnaik nya, Zizan turut berterima kasih pada orang awam yang sama-sama membantu.
“Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira cina melayu dan india.”

Sumber: Facebook