(VIDEO) 3 Sekeluarga Kemalangan Disondol SUV, Detik ‘Akhir’ Sempat Dirakam Dalam Live FB Si Ibu

Kehidupan

(VIDEO) 3 Sekeluarga Kemalangan Disondol SUV, Detik ‘Akhir’ Sempat Dirakam Dalam Live FB Si Ibu

Baru-baru ini, kemalangan yang menimpa tiga sekeluarga di Sabah boleh dikatakan sebagai ‘malang tidak berbau’ kerana ianya berlaku secara tiba-tiba semasa si isteri sedang membuat live Facebook.

Di dalam live yang dilakukan, ia sempat merakam detik-detik semasa kejadian berlaku dan lihat dari rakaman strim terbabit, si suami dipercayai cuba untuk masuk ke lorong kanan, namun disondol oleh sebuah SUV dari belakang yang juga ingin memotong ketika itu.

Advertisement

Daripada insiden yang berlaku, wanita warga Indonesia itu dipercayai menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

Si suami dipercayai pengsan kerana tercampak di bahu jalan dan anaknya yang berusia 7 tahun bernasib baik hanya cedera ringan sahaja.

Pemandu SUV serta isteri yang turut menaiki kereta bersama-sama tidak mengalami sebarang kecederaan dan susulan itu, ramai berasa simpati kepada anak pasangan yang menaiki motor itu kerana kehilangan ibunya dalam sekelip mata.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran seorang pengguna yang memuat naik video rakaman strim live wanita terbabit, ramai netizen mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan turut mempercayai ada hikmah arwah membuat live Facebook terbabit sebelum pergi buat selama-lamanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

baby
2 years ago

"Patah Tulang Pinggul & Peha" - Bayi 4 Bulan Tercampak Tengah 'Highway', Ibu Cari Bukti Jejak Pelaku Nahas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...