(Video) 20 ‘Longkai’ Bergaduh Di Lebuh Raya, Polis Tangkap 5 Individu

Berita

(Video) 20 ‘Longkai’ Bergaduh Di Lebuh Raya, Polis Tangkap 5 Individu

Semalam, sebuah kemalangan melibatkan lori mozek yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah menyaksikan peristiwa pergaduhan antara 20 penarik kereta atau ‘longkai’ sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

Lapor Astro Awani, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong di mana 5 daripadanya telah ditahan di sekitar bandar Pulau Pinang selepas pergaduhan tersebut berlaku.

Advertisement

 

Logo PDRMSumber : Google  

 

Kata Soffian lagi, polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan tersebut iaitu topi keledar dan pengunci motorsikal.

 

Kita masih mengesan suspek lain (penarik kereta) yang terlibat dalam pergaduhan pada petang Rabu selepas satu kejadian kemalangan berlaku di lebuh raya berkenaan.

Mengulas sedikit mengenai kejadian itu, Soffian berkata pergaduhan tersebut berlaku selepas satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar.

Malah, video pergaduhan tersebut sempat dirakam oleh orang awam yang berada di kawas sekitar dan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

“Hasil siasatan, pergaduhan tersebut melibatkan sekumpulan individu (kira-kira 20 orang) terdiri daripada pekerja-pekerja penarik kereta. Ia dikatakan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menarik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.” ujarnya.

Pihak polis kini masih mengesan suspek lain (penarik kereta) yang terlibat dalam pergaduhan pada petang Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

MSN naikkan semula elaun atlet
2 years ago

"Dah Viral Baru 'Jalan'.." - Selepas Dikritik Ramai, MSN Naikkan Semula Elaun Latihan Atlet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...