(VIDEO) 2 ‘Geng’ Bergaduh Sampai Rosakkan Kereta Orang Awam, Pukul Dengan Besi & Botol Arak

Berita

(VIDEO) 2 ‘Geng’ Bergaduh Sampai Rosakkan Kereta Orang Awam, Pukul Dengan Besi & Botol Arak

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini, satu hanatarn video oleh seorang pengguna yang memaparkan dua kumpulan lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling.

Menerusi video tersebut, dilihat kumpulan lelaki itu dilihat berlari mengejar antara satu sama lain dan telah merosakkan sebuah kenderaan jenis BMW dan beberapa kenderaan lain secara beramai-ramai.

Advertisement

Menurut laporan Sinar Harian, polis kini sedang mengesan 20 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan tersebut.

rusuh

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang lelaki yang juga pengadu bersama rakannya sedang makan di sebuah gerai sebelum mendapati dua kumpulan lelaki sedang merusuh.

Kesemua suspek itu telah bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kereta pengadu turut mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.

Dalam pada itu, polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bapa saudara bagi dadah pada anak saudara
3 years ago

Mengaku Bagi Dadah Morfin Pada Anak Saudara Hingga Kritikal, Lelaki Dipenjara 3 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...