Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut video yang dikongsi oleh Bernama, kelihatan bas itu, yang dalam keadaan laju, merempuh kenderaan-kenderaan itu dari belakang.
Punca kejadian tidak dapat dipastikan. Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk. Setakat ini, belum ada laporan mengenai kejadian.
Video kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) yang dikongsikan pendengar BERNAMA Radio pic.twitter.com/1hMuwmz25n
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) July 10, 2016