Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Vida Anggap Pendedahan Aishah Jatuhkan Maruahnya, Tidak Akan Minta Maaf

Hartawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menegaskan bahawa dia tidak akan memohon maaf kepada Aishah berhubung menipu mengenai kalung berlian yang dihadiahkan pada penyanyi itu setelah memenangi Gegar Vaganza 2017.

Melalui penelitian dan laporan ahli gematologi, kalung itu didapati palsu dan hanya menggunakan batu nilam sintetik dan kubik zirkonia. Vida mendakwa pendedahan Aishah telah menghancurkan reputasi yang telah dia bina:

Advertisement

Saya tak akan sesekali mohon maaf. Maaf bukan boleh membasuh maruah saya yang sudah tercalar. Perkataan maaf walaupun senang diungkapkan tapi reputasi saya jatuh hancur berkecai.

Adakah dengan memohon maaf itu boleh menggembalikan kepercayaan orang ramai? Saya berbesar hati nak bagi hadiah kalung itu tapi akhirnya kebaikan saya itu memakan diri.

Ia ibarat mahu berjasa tapi nyawa hilang. Kalau ikutkan pemberian ikhlas saya itu tidak sepatutnya dijadikan isu sebenarnya.

Kepada mStar Online, Vida memberitahu permohonan maaf tidak akan menghentikan kutukan orang ramai terhadapnya berhubung kalung itu malah reputasinya juga kini telah hancur.

Gara-gara kalung itu satu Malaysia kutuk saya. Bukan (permohonan) maaf itu satu benda yang boleh mengubah keadaan dan kekeruhan yang berlaku.

Advertisement


Vida masih mempertahankan bahawa barangan kemas itu tulen dan ada sesuatu yang tidak kena jika benar ia didapati palsu.

tu barang kemas tulen. Saya tak tahu kalau ia palsu seperti didakwa Aishah, bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

Namun saya berserah kepada Allah dan anggap kontroversi ini sebagai satu hikmah yang diberikan kepada saya.

Vida juga meminta agar Astro selaku penganjur Gegar Vaganza menemukannya dengan Aishah:

Sebenarnya saya nak Astro temukan saya dengan Aishah kerana saya ingin jelaskan hadiah ini ikut suka hati saya nak bagi.

Saya bukan ada kedai jual berlian, saya jual emas. Patut dulu saya bagi bagi emas promote produk saya. Tapi saya berbesar hati beri rantai tersebut dan tak sangka begini pula jadinya.

Mengikut laporan akhbar selepas finale Gegar Vaganza 4 berlangsung, kalung itu pemberian Vida dan ditaja oleh kedai emas miliknya, DSV Gold & Jewelry.

Vida juga didapati pernah membuat pengumuman kemenangan Aishah menerima RM 80,000 dalam bentuk barang kemas itu melalui satu rakaman sidang akhbar.

Sebelum ini, Aishah mendakwa barangan kemas yang diberi oleh Vida bersempena kemenangannya dalam Gegar Vaganza 4 sebagai palsu.

Disebabkan dakwaannya dipertikaikan, Aishah kemudiannya memuat naik bukti di Instagram bahawa ia palsu berdasarkan laporan bercop mohor dari pakar batu permata bertauliah. – beautifulnara.com

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

84 Comments

  1. john

    December 16, 2018 at 7:01 pm

    Very Awesome write up !!! You have provided best efforts Here Thank You for This
    Great Blog Post. I am going to Bookmark your Blog for Further Visit.

    Walmartone Login
    Mysubwaycard
    Mygiftcardsite
    Freedom APK
    Walmart Credit Card Login
    Tell Subway
    Mcdvoice
    GBWhatsapp
    Tutuapp
    Vanilla Gift Card Balance

  2. greatlakesloans.co

    September 4, 2018 at 1:34 pm

    We are a gaggle of volunteers and starting a new scheme in our community.
    Your site offered us with useful info to work on. You’ve done an impressive
    job and our whole neighborhood will probably be thankful to you.

  3. Mat K

    August 31, 2018 at 12:53 pm

    Pergi terlokop, boleh?

  4. Duchess DPP

    August 31, 2018 at 11:44 am

    Liza hanim dll juga dapat gelang rantai Cincin berlian Dari DSV. cer ko orang gi kedei cek berlian tu. ori or fake? Kalau ori selamat lah Maruah DSV. If otherwise then DSV’s reputation surely doom merudum further! Please Liza hanim come forward and tell us authencity result ….,,,

    • kiki

      August 31, 2018 at 3:08 pm

      mana liza mau. dia nak jaga periuk nasi. nanti astro n vida x mau panggil dia

  5. Duchess DPP

    August 31, 2018 at 7:37 am

    DSV … Kita tak tahu bila kita Di panggil pergi menghadap Illahi. Kita tak tahu besuk kita mash bernyawa? So rebut kesempatan yang Ada untuk berdamai dan bermaafan. Bila kita dah tak ada biar orang kenang kita dengan sanjungan pujian bukan cemuhan

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama