Pelawak daripada kumpulan Saywho, Vicha dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tampil dengan imej berhijab sepenuhnya dan memohon doa orang ramai agar dia terus istiqamah dengan penghijrahannya kali ini.
VIcha atau nama sebenarnya Ferika Novianti Faturohman,33, berkongsikan fotonya yang manis mengenakan hijab dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya, semalam.
View this post on Instagram
Manakala dalam hantaran yang lain, Vicha mengakui dia berasa malu dengan ketiga-tiga anaknya yang sudah pun berhijab meskipun masih kecil.
Ya Allah, baru perasan dalam keluarga sayalah yang baru berhijab. Malunya sedangkan anak-anak saya semua pun pakai hijab dah lama. Ampunkan saya Ya Allah. Subhanallah, Insya-Allah tiada kata terlambat untuk hamba-Nya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya.
Dalam pada itu Vicha turut menzahirkan penghargaan buat ahli keluarganya yang tidak putus-putus memberi semangan dan menjadi tulang belakang selama dia di Malaysia untuk mencari rezeki.
View this post on Instagram
Vicha yang sudah bertahun tidak dapat pulang ke Indonesia gara-gara pandemik dan sekatan perjalanan sepanjang Perintah Kawalan pergerakan (PKP) berharap agar dapat bertemu anak-anak serta ahi keluarganya tidak lama lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.