Satu video yang dimuat naik satu jenama ‘lifestyle’ iaitu Amber Official nampaknya telah buat peminat Fattah Amin dan Amira Othman jadi tidak keruan.
Manakan tidaknya, ‘its giving pre-wedding vibe’ bak kata netizen!
Dalam video tersebut, Fattah dan Amira dilihat berkolaborasi bersama dalam montaj promosi jenama tersebut.
Bergandingan bersama, kedua-duanya kelihatan serasi dan peminat mula meninggalkan komen mendoakan agar kedua-duanya segera berkahwin.
Meskipun tidak pernah menjelaskan status hubungan sebenar di antara mereka berdua, peminat pasangan ini nampaknya benar-benar mendoakan agar kedua-duanya bersatu sebagai suami isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.