Tular di Twitter baru-baru ini, satu ciapan yang memaparkan nasib veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ‘disidai’ di tengah panas terik untuk menuntut hak mereka.
Difahamkan, veteran-veteran itu terpaksa mendengar ucapan di perhimpunan sambil berdiri di tengah panas selama berjam-jam dan hal itu yang menaikkan amarah netizen kerana seakan-akan veteran ATM itu semua diperlekehkan.
Veteran ATM itu semua dibiarkan berdiri di tengah-tengah itu kerana sedang menuntut hak pencen mereka.
Tergamak ye korang bt veteran cmni, mereka hanya mintak kebajikan yg adil, tapi nk dpt terpaksa plak berjemor tgh panas lg & pegawai2 plak dlm khemah..
Apa perasaan korang kalau nampak mak ayah korang di perlakukan cmni?? pic.twitter.com/F2pPFlv1nL
— Bigger balls / Membalak ? (@apanakdikato) May 23, 2022
Dalam pada itu, turut difahamkan mereka terpaksa berdiri sambil menahan panas tetapi pihak atasan pula didakwa ketika itu berlindung di bawah khemah sambil mendengar ucapan yang agak lama itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati serta kasihan terhadap nasib yang dihadapi oleh veteran ATM terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.