Verizon Jual Tumblr Dengan Nilai Hanya RM12.5 Juta Kepada WordPress

Teknologi

Verizon Jual Tumblr Dengan Nilai Hanya RM12.5 Juta Kepada WordPress

Verizon bersetuju untuk menjual platform Tumblr kepada pemilik WordPress iaitu Automattic Inc. Penukaran hak milik ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pada tahun 2013, Tumblr telah diambil alih oleh Yahoo! dengan harga USD1.1 bilion. Tetapi yang mengejutkan kali ini, Automattic mengambil alih dengan nilai hanya USD3 juta (RM12.5 juta) sahaja.

Advertisement

Nilai yang mengalami penurunan sangat ketara itu dikatakan berkemungkinan berikutan larangan kandungan pornografi di platform tersebut. Dilaporkan juga oleh kerana larangan yang berkuatkuasa sejak Disember lalu, jumlah trafik Tumblr jatuh kepada 370 juta pada Febuari lepas berbeza dengan 521 juta pada Disember.

logo tumblr di dalam telefon pintar
Tumblr yang ditubuhkan pada tahun 2007 oleh David Karp dahulunya mempunyai lebih 450 juta blog di platform tersebut. Dilaporkan juga pada Januari 2016, platform tersebut mempunyai seramai 555 juta pelawat setiap bulan.

Dahulunya Tumblr merupakan antara platform yang berpengaruh besar dalam arena blogging dan media sosial tetapi semakin kurang berpengaruh ketika dimiliki Yahoo! dan Verizon. Kini, ramai yang tidak sabar untuk menanti apakah perubahan yang akan dilakukan oleh Automattic kepada platform ini.

Sumber: The Washington Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...