Varian Lambda, Lebih Kuat Dan Mudah Berjangkit – DG Hisham

COVID-19

Varian Lambda, Lebih Kuat Dan Mudah Berjangkit – DG Hisham

Wabak Covid-19 yang muncul pada hujung tahun 2019 telah mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia. Tidak terkecuali negara kita juga terkena serangan wabak ini, yang semakin lama seperti tiada jalan penghujungnya.

4 bulan lalu

Semua Vaksin Berkesan Terhadap Varian Delta - Khairy Jamaluddin

Advertisement

Ketika ini, varian Delta dan Delta Plus sudah memberi tamparan hebat kepada negara kita sehingga menyebabkan lonjakan kes harian yang begitu drastik.

Varian Lambda

Namun baru-baru ini sebuah lagi varian baharu yang dikenali sebagai Lambda dilaporkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun.

Berita ini turut disahkan sendiri oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial Facebook beliau yang memaklumkan individu yang sudah divaksin juga boleh berjangkit oleh varian ini kerana ia lebih kuat dan mudah berjangkit.

Advertisement

Kes pertama Lambda di Jepun

Menurut laporan japantimes.co, Menteri Kesihatan Jepun mengesahkan kes pertama varian Lambda dikesan menerusi seorang wanita berumur 30an di lapangan terbang Haneda yang baru pulang daripada Peru.

Kes varian Lambda Jepun

Sumber – japantimes.co

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom ketika itu dan pihak Institut Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) telah mengesahkan ia berasal daripada varian Lambda.

Kemunculan varian Lambda

Varian lambda ini dilaporkan pertama kali muncul di negara Peru pada Disember tahun lalu sebelum mula tersebar ke Amerika Syarikat dan terbaru Jepun.

Seperti yang dilaporkan oleh Dr Noor Hisham, varian Lambda ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin namun data lebih terperinci tidak dimaklumkan.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...