“Vape Tu Dah Rosak” – Lelaki Sumbat Rokok Elektronik Ke Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf, Sudah Dipanggil Polis

Berita

“Vape Tu Dah Rosak” – Lelaki Sumbat Rokok Elektronik Ke Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf, Sudah Dipanggil Polis

Tular beberapa hari yang lalu mengenai sebuah rakaman yang memaparkan seorang bayi telah disuap dengan rokok elektronik jenis vape.

Ia sekaligus telah mengundang kemarahan netizen malah para pengamal perubatan turut menggesa agar pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada pelaku terbabit.

Advertisement

Bayi hisap vape

Terbaru, menerusi laporan mStar, pelaku berkenaan yang dikenali sebagai Haikal telah tampil memohon maaf dan memaklumkan bahawa dia sudah ke balai polis untuk memberi keterangan mengenai insiden itu.

Jelasnya lagi, memang dia yang meletakkan vape tersebut pada mulut bayi tersebut dan turut memberitahu bahawa rokok elektronik berkenaan sebenarnya sudah rosak.

Vape tu dah tak function. Dia memang selalu buat main. Pihak polis dah ambil statement. Salah saya sendiri letak vape dekat mulut bayi tu, tapi vape tu dah tak function.

Difahamkan, Haikal bukanlah bapa kepada bayi tersebut dan turut menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua terutamanya kepada netizen.

Lepas tu yang kata saya bapa kepada budak tersebut itu salah. Saya bukan bapa dia. Sebagai wakil, kami lagi sekali minta maaf.

Terdahulu, tular mengenai satu video memaparkan seorang bayi yang disuap vape pelaku  dan dirakam oleh seorang wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut netizen, wanita yang merakam video tersebut merupakan ibu saudara bayi tersebut dan lelaki itu merupakan teman lelakinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ibu bapa bagi bayi hisap vape
4 bulan lalu

"Tak Lawak Bingai!" - Bini Rakam Suami Sumbat 'Vape' Dalam Mulut Bayi Undang Makian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...