Tular beberapa hari yang lalu mengenai sebuah rakaman yang memaparkan seorang bayi telah disuap dengan rokok elektronik jenis vape.
Ia sekaligus telah mengundang kemarahan netizen malah para pengamal perubatan turut menggesa agar pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada pelaku terbabit.
Terbaru, menerusi laporan mStar, pelaku berkenaan yang dikenali sebagai Haikal telah tampil memohon maaf dan memaklumkan bahawa dia sudah ke balai polis untuk memberi keterangan mengenai insiden itu.
Jelasnya lagi, memang dia yang meletakkan vape tersebut pada mulut bayi tersebut dan turut memberitahu bahawa rokok elektronik berkenaan sebenarnya sudah rosak.
Vape tu dah tak function. Dia memang selalu buat main. Pihak polis dah ambil statement. Salah saya sendiri letak vape dekat mulut bayi tu, tapi vape tu dah tak function.
Difahamkan, Haikal bukanlah bapa kepada bayi tersebut dan turut menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua terutamanya kepada netizen.
Lepas tu yang kata saya bapa kepada budak tersebut itu salah. Saya bukan bapa dia. Sebagai wakil, kami lagi sekali minta maaf.
Terdahulu, tular mengenai satu video memaparkan seorang bayi yang disuap vape pelaku dan dirakam oleh seorang wanita.
View this post on Instagram
Menurut netizen, wanita yang merakam video tersebut merupakan ibu saudara bayi tersebut dan lelaki itu merupakan teman lelakinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.